Nampak gayanya, Ahli Parlimen
Batu tidak merasa takut atau risau diambil tindakan oleh pihak berkuasa apabila
beliau masih lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan
nanti.
Biarpun sedang disiasat polis
berhubung kes menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menjatuhkan Perdana
Menteri menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah
terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.
"Ini janji saya. Kalau Najib
berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.
"Kita pernah menunjukkan
rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi
semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam
malam tadi.
Sebelum ini, beberapa pihak telah
membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua dalam akaun Twitternya
(@tianchua) pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan
sendiri oleh Najib.
Naib Presiden PKR itu juga
dilihat cuba menimbulkan kebencian penyokong Pakatan Rakyat terhadap Najib
dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap
pakatan pembangkang.
Dengan nada angkuh, Tian Chua
mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan
jawatan atas desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.
"Kita kena tunjukkan kuasa
rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan
ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada
mereka nanti," katanya.
Bagi pendapat “Teman” la,
keberanian pemimpin Pakatan Rakyat ini makin menjadi- jadi sejak Internal
Security Act (ISA) dihapuskan. Menghapuskan ISA merupakan satu kesilapan besar
kerajaan.
Bila rakyat mendesak agar
kerajaan mengembalikan satu-satunya akta yang mampu menyekat kegiatan atau
hasutan pemimpin yang sengaja ingin menimbulkan keadaan huru hara, ada
suara-suara dari pihak kerajaan sendiri mengatakan ianya tidak perlu.
Jadi moh la kita sama sama pikir
kan yang terbaik untuk Negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan