Rabu, 2 April 2014

KECEWA TAK TERPILIH

sekadar hiasan

Benar,Ketika April ini suhu kampung memang naik tanpa ada yang kepanasan,sana sini membicarakan siapa TOK SIDANG yang baru.Yang naik tentunya ANGIN SATU BADAN bagi yang tak terpilih atau yang tak disambung semula.KAMPUNG GAJAH juga kepanasan tentang Pelantikan Ketua Kampung yang baru.

Soseh bicara pagi terdengar juga Kampung Sungai Ranggam,tempat mengeteh popular  (kebanggaan penduduk tempatan) di Restoran mamak Gulam Rasul  pelantikan Tok Sidangnya kurang disetuju oleh sesetengah orang."tak layak',tak popular,tak mesra alam'  adalah antara  yang didendangkan SUARA SUARA sinis sesetengah peneguk secawan teh disana.

kita perlu ingat dan faham bukan mudah utk memuaskan hati semua pihak, sesungguh mereka yang dipilih harus sedar akan tugas besar yang bakal menanti mereka,kepada pihak yang tidak berpuas hati buang kan lah rasa dengki dan iri hati bersatulah demi kebaikan kampong kerana jika asyik berbalah sesama sendiri nanti kampong sendiri juga yang rugi.

Sejarah tak pernah menipu,tindakan berpecah belah,tiada kesatuan penyebab utama kejatuhan sesebuah negara,itu kalau bercakap tentang negara.Sudah tentulah sedikit boleh kita jadikan teladan dan sempadan buat kampung.

April ini tetap ada pemimpin datang pergi namun legasi perjuangan memajukan kampong perlu diteruskan. tidak kira pemimpin baru mahupon yang lama matlamat nya harus sama iaitu memajukan,memakmurkan serta menyatukan masyarakat kampong..

tunggu lagi kisah "meroyang" di penulisan yang akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan