PKR tetap tidak mahu mengaku kalah dalam isu nak tukar
Menteri Besar Selangor sekalipun berdepan dengan tentangan dari PAS Datuk Nik
Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Ketika dua pimpinan
utama PAS itu tidak nampak apa dosa besar yang dibuat Tan Sri Khalid
Ibrahim untuk mewajarkan beliau ditukar, PKR sudahpun menyiapkan satu laporan
setebal lebih 50 muka untuk 'telanjangkan' intregriti Menteri Besar itu.
Dalam politik alasan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
Peliknya sebelum adanya ' Kajang Move' tidak timbul isu intregriti Khalid.
Beliau dikatakan orang yang kerja ikut buku dan tidak
melayan desakan untuk beri favour politik dalam bentuk projek dan sebagainnya
kepada budak-budak PKR.
Ini juga yang dikatakan mencetuskan rungutan dan geram
dikalangan mereka yang dakwa perlu wang untuk 'macam-macam'.
Nampaknya Khalid kini terpaksa bersilat sakan untuk berdepan
dengan laporan PKR untuk londeh habis beliau.
Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR Isnin,
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu laporan berkenaan
akan beri gambaran jelas mengapa PKR mahu tukar Khalid sebagai Menteri Besar.
Katanya ia akan diedarkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat esok.
Antara lain, laporan itu akan menyentuh tentang hutang
Khalid sebanyak RM66.67 juta dengan bank Islam yang selesai di luar mahkamah.
Dakwanya ada urusan antara kerajaan negeri dan sebuah
syarikat pemaju meragukan.
Ia melibatkan nilai ratusan juga. Khalid juga beri projek
perumahan bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.
Jawab soalan mengenai calon Menteri Besar,Saifuddin tolak
spekulasi mendakwa ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan ADUN Ijok Dr Idris
Ahmad telah menjadi ' calon kompromi' untuk ganti Khalid.
Katanya PKR kekal dengan pendirian Datuk Seri Wan Azizah
ialah calon tunggal untuk jawatan itu.
Saifuddin berkata Azmin yang hadir dalam mesyuarat biro
politik PKR Ahad malam turut bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah.
Seronok tengok drama PKR ni...