Selasa, 2 Disember 2014

PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM PERAJURIT PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), POLIS TERIMA 24 LAPORAN

Banner yang jelas memaparkan pemimpin Parti PKM Chin Peng Dan Pemimpin PAS Mat sabu .
Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia itu pada 29 November lepas.

Jumlah 800 orang seperti dilaporkan di atas bukan satu jumlah yang kecil. Kita berharap pihak polis mengadakan siasatan terperinci berkaitan penganjuran majlis seumpama itu yang berlaku di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan mengakui pihaknya telah menerima 24 laporan berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Tambah beliau lagi, pihak polis berjaya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi menyatakan kebimbangan orang ramai berhubung kain rentang pemberitahuan majlis berkenaan yang meletakkan gambar pemimpin parti PKM, Chin Peng.

"Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat dan kemungkinan besar menyebabkan ketakutan atau kegusaran kepada orang awam dan kemungkinan mendorong melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Penganjur dan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan membantu dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Mengenai individu yang akan dipanggil, Thaiveegan berkata pihaknya mempunyai nama individu yang terlibat, namun enggan mengulas lanjut.

Rabu, 24 September 2014

Muktamar Pemuda PAS Perwakilan Keluar Dewan Ketika Ucapan Perasmian Oleh Mat Sabu

Antara agenda yang paling dinantikan bagi mana-mana mesyuarat persatuan atau pertubuhan adalah ucapan perasmian dari tetamu kehormat yang dijemput bagi tujuan itu.

Berbeza dengan muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke 55 yang diadakan semalam apabila hampir 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Ada antara mereka yang keluar dewan tersebut memakai jaket 'vest' berwarna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.


Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor itu bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Apabila ditanya oleh pemberita, para perwakilan tersebut mengelak dari memberi sebarang komen.
Dalam sidang media selepas merasmikan muktamar tersebut, Mohamad menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui "tidak nampak" perbuatan mereka itu.

Beliau menganggap tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.

"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

tertarik dengan ulasan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam sidang media itu.
"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang ada pergi sembahyang," katanya.

Selaku seorang Ketua Pemuda, mungkin kita mahu dengar satu ulasan yang lebih meyakinkan berkenaan kejadian itu.

Mustahil sebagai Ketua, beliau tidak mengetahui dan melihat ada kalangan perwakilannya memakai vest sebegitu.

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

melihat tindakan perwakilan pemuda yang keluar dewan muktamar tersebut sebagai protes terhadap tindakan Mat Sabu serta beberapa pimpinan PAS yang mengkritik keputusan Haji Hadi untuk tidak mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB Selangor.

Keputusan Haji Hadi tidak menamakan Wan Azizah sebaliknya menghantar 3 nama lain seperti yang diminta oleh pihak Istana bagaimanapun mendapat sokongan penuh dari Majlis Syura Ulamak.

Kerana itu, kita dapati 'vest' hitam yang dipakai oleh kumpulan perwakilan tersebut tertera 'Kami Bersama Presiden Dan Majlis Syura Ulamak'.


Melalui rakaman video kejadian berkenaan, apa yang kita dapat lihat adalah perwakilan yang keluar dewan tersebut berkumpul sesama mereka di luar dan ianya menolak dakwaan serta andaian mengatakan mereka keluar untuk menunaikan solat.

Khamis, 7 Ogos 2014

PKR NAK LONDEHKAN KHALID IBRAHIM



PKR tetap tidak mahu mengaku kalah dalam isu nak tukar Menteri Besar Selangor sekalipun berdepan dengan tentangan dari PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Ketika dua pimpinan  utama PAS itu tidak nampak apa dosa besar yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mewajarkan beliau ditukar, PKR sudahpun menyiapkan satu laporan setebal lebih 50 muka untuk 'telanjangkan' intregriti Menteri Besar itu.

Dalam politik alasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Peliknya sebelum adanya ' Kajang Move' tidak timbul isu intregriti Khalid.

Beliau dikatakan orang yang kerja ikut buku dan tidak melayan desakan untuk beri favour politik dalam bentuk projek dan sebagainnya kepada budak-budak PKR.

Ini juga yang dikatakan mencetuskan rungutan dan geram dikalangan mereka yang dakwa perlu wang untuk 'macam-macam'.

Nampaknya Khalid kini terpaksa bersilat sakan untuk berdepan dengan laporan PKR untuk londeh habis beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR Isnin, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu laporan berkenaan akan beri gambaran jelas mengapa PKR mahu tukar Khalid sebagai Menteri Besar.

Katanya ia akan diedarkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat esok.

Antara lain, laporan itu akan menyentuh tentang hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta dengan bank Islam yang selesai di luar mahkamah.

Dakwanya ada urusan antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju meragukan.

Ia melibatkan nilai ratusan juga. Khalid juga beri projek perumahan bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.

Jawab soalan mengenai calon Menteri Besar,Saifuddin tolak spekulasi mendakwa ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan ADUN Ijok Dr Idris Ahmad telah menjadi ' calon kompromi' untuk ganti Khalid.

Katanya PKR kekal dengan pendirian Datuk Seri Wan Azizah ialah calon tunggal untuk jawatan itu.

Saifuddin berkata Azmin yang hadir dalam mesyuarat biro politik PKR Ahad malam turut bersetuju dengan pencalonan  Wan Azizah.

Seronok tengok drama PKR ni...

Isnin, 21 April 2014

Tian Chua Tetap Hasut Rakyat Jatuhkan @NajibRazak, Jika @AnwarIbrahim Dipenjara @PDRMsia #kembalikanISA









Nampak gayanya, Ahli Parlimen Batu tidak merasa takut atau risau diambil tindakan oleh pihak berkuasa apabila beliau masih lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.

Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk turun ke jalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.

"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.

"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua dalam akaun Twitternya (@tianchua) pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Naib Presiden PKR itu juga dilihat cuba menimbulkan kebencian penyokong Pakatan Rakyat terhadap Najib dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Dengan nada angkuh, Tian Chua mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan atas desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.

"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.

Bagi pendapat “Teman” la, keberanian pemimpin Pakatan Rakyat ini makin menjadi- jadi sejak Internal Security Act (ISA) dihapuskan. Menghapuskan ISA merupakan satu kesilapan besar kerajaan.

Bila rakyat mendesak agar kerajaan mengembalikan satu-satunya akta yang mampu menyekat kegiatan atau hasutan pemimpin yang sengaja ingin menimbulkan keadaan huru hara, ada suara-suara dari pihak kerajaan sendiri mengatakan ianya tidak perlu.

Jadi moh la kita sama sama pikir kan yang terbaik untuk Negara kita.

Ahad, 13 April 2014

Mat Sabu Kerah Unit Amal PAS Kawal Keselamatan Teresa #Onederful #Bloodyfool




Tindakan Pas menawarkan kawalan keselamatan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sukarelawan dari Unit Amalnya jelas menunjukkan parti itu rela menjadi 'pak sanggup' kepada DAP.

Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, perkara itu juga memperlihatkan Pas terlalu bergantung kepada DAP untuk memastikan kelangsungan politiknya.

"Apa yang ditawarkan oleh Pas itu tidak salah di sisi undang-undang, namun dari sudut politik memperlihatkan pergantungan Pas kepada DAP.

"Saya tertanya-tanya sama ada DAP akan bermati-matian mempertahankan Pas jika berlaku perkara sama," .

Beliau mengulas kesediaan Pas menyediakan pengawal peribadi untuk melindungi Teresa yang mendakwa menerima ancaman berikutan klip video, ONEderful Malaysia CNY 2014.

Lim Guan Eng yang jawatan Setiausaha Agung DAP belum disahkan baru-baru ini dilaporkan berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bersetuju untuk menggerakkan sukarelawan Unit Amal Pas sebagai pengawal peribadi kepada Teresa.

Teresa menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Cina kerana menghasilkan klip video selama 11 minit 39 saat yang turut memuatkan sindiran dan fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah serta mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.

Mohd. Khairul Azam memberitahu, Teresa seharusnya menerima hakikat bahawa diri sendiri menjadi punca berlaku ancaman sedemikian.

"Teresa tidak sepatutnya memperbesar-besarkan perkara tersebut semata-mata mahu meraih sokongan politik," katanya.



Cukup kagum dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh PAS. Tapi disebalik kekaguman terfikir pula betapa hebatnya kuasa Allah.

Dahulu, PAS menghina kerjasama UMNO dengan pemimpin MCA dan lain-lain parti yang bukan Islam.

Hari ini, PAS pula menunjukkan sikap sayang melampau kepada pemimpin DAP, yang bukan sahaja kafir malah tanpa berselindung, Teresa Kok jelas menghina Islam.







Bila kita pertikai tindakan deme, macam ayam betina lepas bertelur penyokong PAS mempertahankan tindakan deme. Nak tahu apa kata deme???

"Owhhh!!! UMNO boleh berpakat dengan MCA dan MIC!!! Kami tak boleh pulak???!!!.

PULAK!!!???? Hehehe... Bila deme kata macam itu, teman pun teringat kata-kata Imam Shafie...

"Aku mampu berhujah dengan 10 ORANG yang pandai dan berilmu TETAPI aku akan kalah dan tewas kepada SEORANG yang tidak mengetahui akan landasan ilmu".

Jadi, lebih baik teman diam daripada ikut sama TENGINNNNN macam deme....