Selasa, 2 Disember 2014

PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM PERAJURIT PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM), POLIS TERIMA 24 LAPORAN

Banner yang jelas memaparkan pemimpin Parti PKM Chin Peng Dan Pemimpin PAS Mat sabu .
Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia itu pada 29 November lepas.

Jumlah 800 orang seperti dilaporkan di atas bukan satu jumlah yang kecil. Kita berharap pihak polis mengadakan siasatan terperinci berkaitan penganjuran majlis seumpama itu yang berlaku di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan mengakui pihaknya telah menerima 24 laporan berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Tambah beliau lagi, pihak polis berjaya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi menyatakan kebimbangan orang ramai berhubung kain rentang pemberitahuan majlis berkenaan yang meletakkan gambar pemimpin parti PKM, Chin Peng.

"Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat dan kemungkinan besar menyebabkan ketakutan atau kegusaran kepada orang awam dan kemungkinan mendorong melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Penganjur dan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan membantu dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Mengenai individu yang akan dipanggil, Thaiveegan berkata pihaknya mempunyai nama individu yang terlibat, namun enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan