Antara agenda yang paling dinantikan bagi mana-mana
mesyuarat persatuan atau pertubuhan adalah ucapan perasmian dari tetamu
kehormat yang dijemput bagi tujuan itu.
Berbeza dengan muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke 55 yang
diadakan semalam apabila hampir 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar
ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan
perasmiannya.
Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang,
Terengganu dan Selangor itu bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja
Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.
Apabila ditanya oleh pemberita, para perwakilan tersebut
mengelak dari memberi sebarang komen.
Dalam
sidang media selepas merasmikan muktamar tersebut, Mohamad menafikan tindakan
kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui
"tidak nampak" perbuatan mereka itu.
Beliau menganggap tindakan kumpulan itu keluar untuk
menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.
"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang
pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya
yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama
itu.
tertarik dengan ulasan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang
turut serta dalam sidang media itu.
"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang
ada pergi sembahyang," katanya.
Selaku seorang Ketua Pemuda, mungkin kita mahu dengar satu
ulasan yang lebih meyakinkan berkenaan kejadian itu.
Mustahil sebagai Ketua, beliau tidak mengetahui dan melihat
ada kalangan perwakilannya memakai vest sebegitu.
Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak
sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan ulama PAS
berhubung isu menteri besar Selangor.
melihat tindakan perwakilan pemuda yang keluar dewan
muktamar tersebut sebagai protes terhadap tindakan Mat Sabu serta beberapa
pimpinan PAS yang mengkritik keputusan Haji Hadi untuk tidak mencalonkan
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB
Selangor.
Keputusan Haji Hadi tidak menamakan Wan Azizah sebaliknya
menghantar 3 nama lain seperti yang diminta oleh pihak Istana bagaimanapun
mendapat sokongan penuh dari Majlis Syura Ulamak.
Kerana itu, kita dapati 'vest' hitam yang dipakai oleh
kumpulan perwakilan tersebut tertera 'Kami Bersama Presiden Dan Majlis Syura
Ulamak'.
Melalui rakaman video kejadian berkenaan, apa yang kita
dapat lihat adalah perwakilan yang keluar dewan tersebut berkumpul sesama
mereka di luar dan ianya menolak dakwaan serta andaian mengatakan mereka keluar
untuk menunaikan solat.